Landing Page

Apa itu Landing Page atau Sales Page

Estimated reading: 3 minutes 47 views

Pernah tak anda online, tetiba nampak sebuah website dengan ayat jualan yang panjang2? Anda pun baca dan tetiba rasa tertarik jer nak beli produk terbabit. Tetiba dah beli. Ha! Tetiba terbelikan? Itulah yang dinamakan website berbentuk sales page atau landing page.

Anda mungkin tertanya apa itu landing page. Landing page adalah satu laman web yang mempunyai satu fokus iaitu satu End Result.

Sales Page atau Landing Page adalah sejenis laman web yang memaparkan info atau maklumat produk anda yang memikat di dalam satu page. Biasanya hanya satu ke tiga jenis produk sahaja yang dipaparkan dan pelawat akan dapat segala maklumat tentang produk anda di situ termasuklan faedah produk, fungsi produk, cara menggunakan produk dan sebagainya. Lebih menarik ia juga boleh diintegrasikan dengan sistem payment gateway untuk jualan produk.

Sebagai contoh, Jika anda membuat kempen pemasaran tentang produk anda melalui facebook adds, di dalam fb adds anda prospek yang melihat facebook adds anda itu akan klik dan terus di bawa kepada landing page anda di mana fungsi landing tersebut adalah untuk menerangkan menafaatkan produk anda serta meyakinkan prospek anda tentang produk anda sebelum anda membawa mereka kepada sales funnel.

Contoh:

Cuba lihat landing page tiada navigasi di atas dan fokus utama landing page ini adalah untuk menerangkan apa itu landing page kepada anda dan amat penting sebelum anda mula sebarang kempen pemasaran anda perlu ada landing page. Tapi…

Kenapa perlu ada landing page? Bukan kah saya sudah mempunyai facebook!? cukuplah itu, buat apa nak susah susah buat landing page.

Itu sebenar satu soalan yang bagus. Cuba anda lihat, adakah anda akan bina rumah anda di tanah sendiri atau di tanah orang lain. Dahulunya saya pun berniaga di Facebook, apabila saya membuat posting semua fan dapat melihat posting saya. Tetapi, tiba tiba Facebook berubah, sekarang ini kurang dari 4% peratus yang dapat melihat posting saya. Kalau saya ingin semua fan melihat posting saya, saya terpaksa menggunakan dan membayar facebook adds.

Sekarang ini harga khidmat facebook adds pun sudah meningkat naik dan terdapat bermacam macam peraturan yang telah di tetapkan oleh facebook dan di masa akan datang tidak tahu lagi apa peraturan baru akan di buat oleh facebook akan datang. Selagi kita menumpang, selagi itu la kita terpaksa akur pada tuan tanah. Oleh itu amatlah penting anda membina landing page sendiri iaitu platform anda sendiri dimana tiada siapa boleh menghalau anda.

Facebook Adds dan Addsword adalah hanya merupakan tools pemasaran yang akan membawa traffic anda ke landing page anda iaitu platform anda sendiri. Disinilah anda boleh membuat berbagai jenis tektik tektik pemasaran dan menerangkan produk produk anda, menerangkan menafaat produk produk anda atau mendapatkan leads iaitu maklumat peribadi prospek anda iaitu nama email dan no phone yang dimana selepas mereka meninggalkan landing page anda, anda masih dapat tangkap informasi mereka dan membuat pemasaran secara email ataupun dari Facebook Remarketing.

Facebook Adds dan Addsword adalah hanya merupakan tools pemasaran yang akan membawa traffic anda ke landing page anda iaitu platform anda sendiri. Disinilah anda boleh membuat berbagai jenis tektik tektik pemasaran dan menerangkan produk produk anda, menerangkan menafaat produk produk anda atau mendapatkan leads iaitu maklumat peribadi prospek anda iaitu nama email dan no phone yang dimana selepas mereka meninggalkan landing page anda, anda masih dapat tangkap informasi mereka dan membuat pemasaran secara email ataupun dari Facebook Remarketing.

Itu penting nya anda mempunyai Landing Page sekarang, tidak hanya bergantung platform plaform third party. Dan jika anda ingin memiliki Landing Page sendiri atau sebarang pertanyaan berkaitan landing page anda boleh hubungi terus ke email saya support@kmyhost.com

Share this Doc

Apa itu Landing Page atau Sales Page

Or copy link

CONTENTS
Shopping Basket