Tiket kapal terbang, hotel, pengankutan semasa di destinasi dan banyak lagi menjadi isu utama yang sering membuatkan segala perancangan hanya tinggal kenangan.
Namun, siapa kata melancong selalunya mahal? Jika bijak diikuti dengan tindakan yang cepat dan pantas, impian anda bercuti ke destinasi idaman pasti menjadi kenyataan. Secara tidak lansung, anda boleh menjimatkan kos percutian dari pelbagai segi termasuklah pengankutan, bilik hotel, makanan dan sebagainya.
Percutian anda juga lebih tenang dan seronok tanpa berdepan dengan masalah kecil yang boleh merosakkan keseluruhan percutian anda. Jom periksa tip melancong, ia mungkin dapat dapat membantu anda untuk memperoleh percutian yang lebih murah
Musim cuti
Cuba elak bercuti pada musim cuti krismas, hara raya puasa, tahun baru atau cuti-cuti khusus di destinasi yang dituju.
Ini kerana jika melancong ketika itu, ada kemungkinan semua harga termasuk penerbangan, bilik hotel, makanan dan banyak lagi akan naik mendadak.
Namun, bila terpaksa pergi juga, cari maklumat menerusi Internet, setidak-tidaknya tiga hingga enam bulan sebelumnya dapat menyelamatkan kos percutian anda.
Tentukan Pengangkutan
Segera tentukan pengangkutannya yang akan digunakan untuk mencapai tempat tujuan. Bila menggunakan pesawat, rajin-rajinlah mencari maklumat di Internet untuk mendapatkan tiket penerbangan murah.
Pilih syarikat penerbangan yang boleh memberikan harga yang paling murah, tetapi kualiti layananya cukup bagus. Lakukan perkara ini sekurang-kurangnya sebulan sebelumnya.
Melalui Internet
Penempahan menerusi internet biasanya lebih murah dari agensi pelancongan. Namun penempahan menerusi agensi juga boleh lebih murah dibandingkan bila kita pergi secara lansung tanpa memesan tiket penerbangan dan hotel terlebih dahulu.
Teliti harga yang ada kerana ia boleh berlipat kali ganda lebih murah.
Tiket Murah
Untuk mendapatkan tiket penerbangan murah, manfaatkan agensi pelancongan yang boleh memberikan layanan terbaik. Caro harga yang paling murah pada tarikh dan waktu penerbangan yang anda inginkan kemudian daftarkan nama anda tanpa membeli terlebih dahulu.
Jadi, selagi sebelum bercuti, anda masih boleh memeriksa harga-harga yang ditawarkan.
Bila ada yang lebih murah, jangan ragu ragu untuk menelefon petugas agensi pelancongan yang menguruskan tiket anda dan memintanya untuk mendaftarkan nama anda.
Buat Pesanan Awal
Memesan tiket penerbangan dan hotel sebelum berangkat untuk bercuti sangat penting meskipun anda hanya bercuti di daerah kecil.
Anda pastinya tidak mahu kedamaian percutian anda rosak bahkan batal hanya kerana apabila sampai di destinasi, semua hotel yang bagus penuh atau bilik yang tersedia sangat mahal.
Justeru, membuat tempahan awal adalah sangat digalakkan untuk anda yang sedang merancang percutian hebat.
Rajin Melayari Internet
Melalui internet biasanya hotel-hotel terkenal memberikan harga jauh lebih murah berbanding menempah bilik terus di hotel.
Kini banyak laman web yang menyediakan pelbagai promosi bilik yang boleh anda layari untuk mendapatkan harga bilik yang cukup murah selain melawati laman web hotel itu sendiri.
Justery, jangan lepaskan peluang yang ada. Tidak rugi menghabiskan masa melayari Internet mencari bilik penginapan jika boleh memperoleh bilik hoyel dengan harga cukup murah.
Periksa Kemudahan
Jangan pula terlalu gembira memperoleh harga bilik yang sangat murah dan terus bersetuju sebelum melihat segala kemudahan yang di sediakan hotel itu.
Ada baiknya anda mengetahui segala kemudahan hotel yang akan dipilih bila memesan menerusi Internet supaya anda tidak menyesal.
Manfaatkan Teman
Memiliki teman atau saudara yang tinggal di kota destinasi terutama bila tujuan bercuti di luar negara boleh dimanfaatkan sebagai tempat menginap.
Bukan itu saja, anda juga mungkin boleh menjimatkan kos belanja makan saat menginap dengan teman atau saudara dengan memasak.
Selain itu, anda juga boleh menginap di rumah tetamu milik kedutaan di destinasi yang dituju.
.