Laman website ecommerce adalah sebuah laman web yang mempunyai banyak himpunan produk yang membolehkan pelanggan membeli satu atau lebih produk pada suatu masa yang sama.
Jika anda mempunya banyak produk untuk dijual, amalah sesuai untuk anda menggunakan ecommerce untuk menjual produk-produk anda. Ini kerana terdapat banyak kelebihan menggunakan ecommerce untuk perniagaan anda. Mari kita lihat satu persatu kelebihan yang ada.
Trend Pembeli Meningkat Pada Ecommerce
Semenjak pandemik Covid-19, perniagaan online melalui ecommerce bertambah rancak. Ramai yang sudah membeli dari rumah. Malahan, ada juga peniaga yang terpaksa menutup kedai dan mula berniaga dari rumah. Oleh itu, perniagaan secara online saja yang dapat membantu mereka.
Mengikur analisis oleh Global Data , ( https://www.globaldata.com/covid-19-accelerates-e-commerce-growth-malaysia-says-globaldata/ ) Malaysia mencatatkan anggaran pertumbuhan untuk pasaran eCommerce Malaysia sebanyak 24.7% pada tahun 2020.
Nilai Laman E-Commerce di Malaysia
Pasaran ini dijangka melonjak naik sebanyak 14.3% dalam tiga tahun mendatang sehingga tahun 2024. Data ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin cenderung untuk membeli barang-barang secara online.
Tidak Perlu Sales Team
Jika anda menggunakan Whatsapp, anda perlu berkomunikasi dengan prospek dahulu. Untuk ecommerce, anda boleh iklankan produk terus ke laman ecommere dan pelanggan boleh memilih sama ada hendak membeli ataupun tidak. Oleh itu, anda tidak memerlukan sales team dan ini boleh menjimatkan anda tertamanya jika anda berniaga sendiri atau baru sahaja memulakan perniagaan anda.
Kedai Online Anda Dibuka 24 Jam Sehari
Website ecommerce anda akan bertindak sebagai kedai online 24 jam untuk perniagaan anda. Jadi anda boleh menerima pelanggan bila-bila masa sahaja walaupun anda sedang tidur! Ini juga bermakna anda boleh menerima jumlah pelanggan yang lebih banyak kerana tidak ada keperluan pun untuk menutup kedai online anda pada waktu malam seperti kedai fizikal.
Proses Pembelian Lebih Mudah Dilakukan
Pada zaman ini, pengguna lebih memilih untuk membuat pembelian atas talian kerana prosesnya lebih mudah. Mereka hanya perlu membuka laman web ecommerce melalui handphone, laptop atau PC dan melakukan pembelian menggunakan akaun bank online. Ini memudahkan pihak pelanggan kerana tidak perlu bersusah payah nak mencari lokasi kedai anda diwaktu siang dan terpaksa datang sendiri untuk membeli barang. Jadi pelanggan yang tinggal jauh dari lokasi anda pun boleh menempah produk dari anda pada bila-bila masa.
Mudah Menerima Pembayaran Dengan Kemudahan Integrasi Payment Gateway
Website ecommerce masa kini kebanyakkannya akan diintegrasikan dengan sistem pembayaran atau payment gateway untuk memudahkan proses menerima pembayaran. Payment gateway sangat berguna kerana berupaya menerima pelbagai transaksi pembayaran dari pelbagai jenis bank. Ini memudahkan pelanggan untuk menempah dari website tersebut. Selain itu, payment gateway ini juga memudahkan kita sebagai penjual kerana segala transaksi pembayaran akan dimasukkan ke satu bank akaun.
Selalunya website ecommerce akan dihubungkan dengan sistem pembayaran atau payment gateway yang memudahkan proses pembayaran. Ini memudahkan pelanggan untuk membuat
Menyimpan Maklumat Penting Pelanggan
Laman ecommerce bukan saja menjadikan proses tempahan menjadi lebih sistematik, malah membolehkan anda menyimpan maklumat pelanggan dengan lebih baik. Denga itu, anda boleh membina satu pangkalan data atau database pelanggan.
Selain itu, maklumat tempahan juga penting untuk membolehkan kita menyemak semula jika berlaku apa-apa masalah berkaitan dengan maklumat penghantaran dan traking barangan tempahan tersebut.
Membuat Pemasaran Pada Pelanggan Yang Sama
Apabila anda sudah ada database pelanggan, anda boleh gunakannya untuk tujuan pemasaran. Anda boleh menghubungi mereka untuk mempromosikan produk lain atau produk yang sama untuk pembelian berulang.
Ini menjimatkan kos anda sebenarnya kerana anda tidak perlu asyik mencari pelanggan baru.
Menjimatkan Kos Overhead
Satu kelebihan bisnes online menggunakan ecommerce adalah anda tidak perlu pun menyewa kedai. Ini sudah tentunya menjimatkan banyak kos-kos lain seperti bil utiliti, pekerja dan kerja-kerja penubahsuaian kedai. Malah anda sebenarnya boleh bermula dari rumah sahaja.
Kos untuk menyediakan laman web ecommerce jauh lebih murah dari kedai fizikal. Anda hanya perlu menyediakan bajet untuk membina laman web ecommerce dan selebihnya boleh digunakan untuk pemasaran.
Mengurangkan Risiko
Perniagaan online boleh mengurangkan risiko dari segi anda tidak perlukan kedai fizikal. Ini mengurangkan risiko kecurian. Selain itu dapat mengelakkan mogok dari pekerja. Risiko kerosakan barangan yang biasanya berlaku dikedai juga dapat dielakkan.
Pemasaran Melalui SEO
Laman web ecommerce biasanya mempunyai kelebihan dari segi disenaraikan di carian Google. Oleh itu, laman produk anda berpeluang untuk disenaraikan pada muka surat pertama di lama carian Google. Kelebihan ini dinamakan SEO, singkatan bagi Search Engine Optimization. SEO yang baik bererti maklumat pada satu halaman akan sering disenaraikan pada laman pertama hasil carian dengan kata kunci carian yang berkaitan.
Dengan itu, apabila orang mencari penyelesaian masalah di Google, berkemungkinan produk anda akan disenaraikan pada hasil carian Google. Ini membantu menambahkan jualan.
KELEBIHAN MEMPUNYAI LAMAN ECOMMERCE SENDIRI
Apa yang telah disenaraikan tadi adalah mempunyai laman web ecommerce secara umum. Tetapi jika anda mempunyai laman web ecommerce anda sendiri, anda boleh menikmati beberapa kelebihan lain berbanding dengan “menumpang” di laman web lain.
Memperkenalkan Jenama Anda
Dengan adanya laman ecommerce sendiri, anda sebenarnya memperkenalkan jenama anda pada semua pelanggan anda. Jadi jika anda telah mempunyai laman rasmi web anda, Sebaiknya, letakkan juga fungsi ecommerce pada laman web rasmi anda. Bukan saja pengguna, malah agen-agen dan stokis-stokis dapat merujuk pada laman web anda.
Dengan adanya website ecommerce anda sendiri, pengguna lebih mudah mengingati jenama serta produk anda.
Tiada Perlu Membayar Caj Yuran Penggunaan.
Apabila kita menumpang di laman web lain, berkemungkinan mereka boleh mengenakan yuran untuk menggunakan platform mereka. Ada yang mengenakan caj sekiranya produk kita terjual. Ini kerana mereka juga ingin mendapatkan sedikit keuntungan disamping menampung kos operasi mereka.
Jika mempunyai laman web ecommerce sendiri, kita hanya perlu menanggung kos membina dan mengekalkan laman web sahaja.
Pengunjung Tidak Lari
Bayangkan anda memperomosikan produk anda di laman ecommerce namun, apa yang berlaku ialah produk orang lain yang terjual. Ini berlaku kerana laman ecommerce bercirikan marketplace, iaitu tempat penjual-penjual bergabung menjual di satu platform yang sama. Oleh itu, tidak hairanlah laman yang mempunya produk anda akan dipaparkan dengan produk orang lain yang hampir sama. Jadi jika anda menghantar pengunjung ke halaman produk anda, berkemungkinan mereka akan tertarik ke produk lain yang mungkin juga adalah pesaing anda!
Boleh Rekrut Affiliate/Dropship Sendiri
Dengan adanya lama web ecommerce sendiri, kita boleh merekrut agen-agen affiliate dan dropship dengan sayarat yang kita sendiri tetapkan untuk mempromosikan produk-produk kita sendiri dan bukannya orang lain.
Boleh Tambah Design Dan Fungsi Lain Yang Website Ecommerce Anda
Anda boleh letakkan design dan kandungan yang anda kehendaki pada laman web anda sendiri. Malah, anda boleh juga letakkan fungsi-fungsi lain seperti blog dan sistem borang pada laman web anda sendiri. Kelebihannya, anda boleh tonjolkan keunikan laman web anda sendiri pada pelanggan anda. Ini juga penting untuk penjenamaan anda.
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI LAMAN ECOMMERCE ANDA SENDIRI?
Jika ada, tahniah saya ucapkan. Anda cepat bertindak mengikut peredaran masa untuk perniagaan anda.
Jika anda masih belum ada, saya syorkan anda laburkan sedikit kos untuk membangunkan laman ecommerce kerana seperti yang telah dibincangkan tadi terdapat banyak kelebihannya jika anda memiliki laman ecommerce anda sendiri. Anda sebenarnya boleh membawa perniagaan anda lebih maju ke hadapan dengan adanya laman ecommerce anda sendiri jika kena pada caranya.