Teknologi

Apa Itu Live Chat? Panduan Lengkap untuk Meningkatkan Jualan dan Sokongan Pelanggan

Live chat atau Widget Sembang adalah alat yang semakin penting dalam strategi perniagaan moden. Tidak hanya digunakan untuk sokongan pelanggan (live support), live chat juga berfungsi sebagai alat yang berpotensi meningkatkan jualan (sales) dan memperkukuh hubungan pelanggan. Berdasarkan kajian, sebanyak 79% perniagaan menyatakan bahawa live chat memberi kesan positif terhadap jualan, pendapatan, dan kesetiaan pelanggan.

Mengapa Live Chat Penting?

Live chat atau Widget sembang memberikan pengalaman yang cepat dan mesra untuk pengguna laman web. Dengan hanya beberapa klik, mereka boleh mendapat jawapan secara langsung tanpa perlu menunggu lama. Bagi perniagaan pula, ia adalah alat yang menjimatkan masa dan kos serta mampu menguruskan pelbagai pertanyaan dalam satu masa.

Mari kita teliti bagaimana live chat boleh memberikan impak kepada perniagaan anda, dari kelebihan, fungsi yang penting, hingga cara untuk memulakan penggunaan live chat.


Apa Itu Live Chat atau Widget Sembang?

Live chat adalah perisian yang membolehkan interaksi masa nyata antara pelanggan dan wakil perkhidmatan. Melalui tetingkap sembang yang muncul di laman Web, Landing Page atau Blog, pelanggan boleh terus berhubung dengan wakil perkhidmatan atau jualan untuk mendapatkan bantuan dengan pantas.

Selain membantu menjawab soalan dengan segera, perisian live chat yang baik juga boleh menguruskan beberapa perbualan serentak dan menyimpan sejarah perbualan. Ini menjadikannya sangat efektif dalam meningkatkan kepuasan pelanggan dan mengurangkan kos operasi.

5 Kelebihan Utama Live Chat

  1. Masa Respons yang Pantas: Dengan live chat, pelanggan dapat jawapan dalam masa purata 1 minit 35 saat! Berbanding dengan e-mel yang memerlukan masa tindak balas sehingga 17 jam, perbezaannya sangat ketara.
  2. Pandangan Masa Nyata Tentang Tingkah Laku Pelanggan: Banyak perisian live chat mengumpul data mengenai tingkah laku pelanggan. Data ini boleh digunakan untuk memperibadikan pengalaman pelanggan, menjadikannya lebih relevan dan berkesan.
  3. Kos Efektif: Ejen live chat boleh mengendalikan beberapa perbualan secara serentak, menjadikannya lebih kos efektif berbanding sokongan telefon.
  4. Peningkatan Kepuasan Pelanggan: Live chat mempunyai tahap kepuasan pelanggan tertinggi (73%) berbanding e-mel (51%) dan telefon (44%).
  5. Kelebihan Bersaing :Menyediakan perkhidmatan pantas dan diperibadikan melalui live chat membantu anda menonjol daripada pesaing, membina reputasi yang kukuh dan meningkatkan kepercayaan pelanggan.

Bagaimana Live Chat Berfungsi?

Sebelum anda memulakan live chat, beberapa soalan perlu dijawab:

  • Siapa yang akan mengendalikan live chat/sembang (pasukan sokongan, jualan, atau operator luar)?
  • Di mana tetingkap sembang ini perlu muncul (halaman utama, troli beli-belah)?
  • Bagaimana ia akan disepadukan (“Integrate”) dengan CRM atau platform lain seperti Facebook atau WhatsApp?

Live chat boleh diaktifkan oleh pelanggan atau pasukan sokongan (team admin) anda, dan bergantung pada perisian yang anda pilih, anda boleh menyesuaikan ciri-ciri seperti mesej automatik(automation), tindak balas prasiap (auto-reply), dan tinjauan (survey) pelanggan.

Ciri-ciri Penting Yang Perlu Dipertimbangkan

  1. Penyesuaian/ Customize Widget Sembang Pastikan widget sembang selaras dengan jenama anda. Warna, fon, dan reka bentuk yang konsisten dengan laman web anda akan membantu membina keyakinan pelanggan.
  2. Penghalaan Sembang Pastikan sembang dihalakan kepada pasukan atau ejen yang betul untuk pertanyaan yang lebih tepat dan penyelesaian yang lebih cepat.
  3. Penjejakan Masa Nyata dan Analitik Data tingkah laku pelanggan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik dan menyesuaikan strategi sokongan anda.
  4. Integrasi dengan Alat Lain Live chat yang terintegrasi dengan CRM atau alat lain membantu memberikan sokongan yang lebih lancar dan peribadi kepada pelanggan.
  5. Keupayaan Mengendalikan Beberapa Sembang Serentak Keupayaan ini penting untuk menyediakan sokongan yang efisien dan menjimatkan masa, membolehkan ejen menjawab beberapa pertanyaan sekaligus.

3 Contoh Penggunaan Live Chat untuk Perniagaan Anda

  1. Sokongan Pelanggan Gunakan live chat untuk membantu pelanggan dengan pertanyaan atau masalah yang mereka hadapi. Letakkan live chat (widget sembang) di halaman portal pelanggan atau bahagian FAQ ataupun di muka depan Web, Landing Page, Blog untuk memberikan akses mudah kepada sokongan.
  2. Jualan Live chat juga membantu dalam proses jualan, terutamanya jika ia diaktifkan di halaman produk atau checkout. Dengan menyokong pelanggan dalam membuat keputusan pembelian, ia boleh meningkatkan kadar penukaran.
  3. Pemasaran Live chat boleh digunakan untuk promosi produk atau kempen pemasaran. Ejen boleh membantu pelanggan menavigasi tawaran terkini, membantu mereka membuat keputusan pembelian yang lebih baik.

Adakah Live Chat Sesuai Untuk Anda?

Live chat adalah alat yang berkesan jika:

  • Anda mempunyai kehadiran dalam talian yang kukuh.
  • Anda menerima banyak pertanyaan dari pelanggan.
  • Anda mahu menyediakan respons pantas dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
  • Anda mahu menonjol daripada pesaing dengan menawarkan perkhidmatan yang lebih cekap dan diperibadikan.

Jika ini adalah matlamat perniagaan anda, maka live chat adalah pilihan yang tepat.

Mulakan Penggunaan Live Chat Sekarang

Dengan banyak pilihan perisian live chat di pasaran, pastikan anda memilih yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet perniagaan anda. Jika anda berminat, anda juga boleh mendapatkan live chat dari kami dengan menghubungi kami melalui ruangan Contact (https://kmyhost.com/contact/) atau melawat halaman Landing Page Live Chat Widget kami untuk maklumat lanjut: https://reseller.kmyhost.com/chat-widget

Live chat bukan sekadar alat untuk menyelesaikan masalah, ia juga berpotensi meningkatkan pengalaman pengguna dan membuka peluang jualan baru. Mulakan sekarang dan lihat bagaimana ia boleh mengubah cara anda berinteraksi dengan pelanggan!


Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *